Tuesday, 19 November 2013

BUKTI PEMBAYARAN SURVEY iPANEL MALAYSIA..



iPanel  Malaysia membolehkan anda untuk sentiasa melengkapkan kaji selidik dalam talian dan mendapat ganjaran untuk masa anda. Anda akan mendapat mata bagi melengkapkan kaji selidik dalam talian. Sebaik sahaja anda mengumpul mata yang cukup, anda boleh menebus mereka sebagai tunai melalui paypal. Terdapat juga ganjaran yang baik untuk merujuk kawan-kawan di iPanel.


Aku join ni baru xsampai sebulan.. tapi..






ini adalah bukti pembayaran iPanel.. redeem semalam, ari ni terus dapat.. masuk terus ke dalam akaun Paypal kita..:-)






redemption ni cket  je.. sebab nak try, nak dapatkan bukti.. betul ke diorang ni memang bayar.
tut.. tut.. redeem malam.. esok nye terus dapat..Alhamdulillah..
XPERCAYA lagi? buat lah macam saya jugak.. 
DAFTAR percuma.. cube2.. n redeem.. :-)


   

Second CRM Free OYB Workshops

Produk baru yang hangat dan berpotensi kini telah dilancarkan  - "Second CRM Free OYB Workshops"






Second CRM Free OYB Workshops mengajar SME menggunakan CRM secara dalam talian untuk mengembangkan dan menguruskan perniagaan mereka, juga untuk operasi harian bagi menjana produktiviti yang lebih tinggi. Second CRM adalah Cloud CRM yang terkemuka di Malaysia, disokong oleh MSC Malaysia, yang membantu SME mengurangkan beban pelaburan awal mereka melalui geran pembayaran balik. Semua adalah digalakkan untuk menghadiri bengkel ini untuk belajar bagaimana mempromosi dan menyokong inisiatif kerajaan ini bagi meningkatkan produktiviti SME.







Thursday, 14 November 2013

11 KESILAPAN MELABUR EMAS


By Mohd Zulkifli
Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 11 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 11 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.
                        Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “pelaburan”

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e.www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.


Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.


Emas public gold kemek calar


Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. Untuk makluman sahabat, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.

Punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.

Semalam, saya habis baca ebook terbaru iaitu pasal Teknik Sebenar Pelaburan Silver! Oh, kalau buku ni dijual setahun yang lalu, mungkin saya boleh dapat untung hingga 100% berbanding 25% apa yang saya dapat sekarang.

Ringkas cerita, saya cadangkan sahabat semua dapatkan dan baca 2 ebook yang saya jadikan main reference dalam pelaburan emas dan perak setakat ni iaitu:

Ebook Pelaburan Emas dan Pelaburan Silver
Saya berani syorkan dua ebook ni sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar ebook-ebook tu. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi.

Sebuah Buku, Jimatkan Masa Kita 10 Tahun
Nanti saya akan berkongsi pasal eBook Pelaburan Silver tu, insyaAllah. Itu ilmu terbaru yang saya dapat. Banyak rahsia-rahsia didedahkan, antaranya ialah rahsia yang dibuat dealer-dealer emas otai! Nasihat saya, jangan takut untuk melabur dalam ilmu, ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku Syukor Hashim dulu baru start melabur! Beli ebook RM80, dan untung 25%! Sekarang ni, saya baru jer masuk fasa kedua pelaburan dengan baca buku pasal silver pulak. InsyaALlah, belajar cara buat untung 100% pulak! Beli ebook RM100, untung 100%, insyaAllah…

Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Wallahu a’lam.

Wednesday, 13 November 2013

RAHSIA MENJANA RM50K DENGAN MENJUAL EBOOK

Pelajari langkah demi langkah dan strategi demi strategi untuk menghasilkan empayar perniagaan produk digital anda sendiri yang bakal memberikan hasil RM50,000 Setiap Tahun !


Pakej video ini mengandungi 11 buah fail audio yang akan menerangkan apa yang perlu anda lakukan bagi mencapai target anda RM50,000 setahun.

Kesemua rahsia yang bakal dibongkarkan ini sememangnya sangat mudah untuk dilakukan sehinggakan jika anda masih baru dalam bidang ini juga boleh melakukannya.
Mari kita lihat sebahagian dari kandungan utama yang bakal anda terima nanti :
  • Bagaimana menghasilkan ebook yang mampu dijual dalam masa kurang dari seminggu. Sangat berbaloi jika anda tahu teknik cepat ini.
  • Bagaimana anda boleh pastikan ’niche’ yang anda pilih akan menyebabkan jualan ebook anda dijual dengan laris. Inilah rahsia para Otai.
  • Ketahui bagaimana anda dapat membina ’BUYER LIST’ dan bukan setakat ’LIST’ biasa. ’Buyer List’ adalah ’LIST’ yang akan menjana pulangan yang berganda dan berulang kepada anda.
  • Bagaimana menjual ebook tanpa laman web jualan atau tanpa ’Minisite’. Inilah rahsianya yang ramai tidak tahu. Tapi kini ia bakal menjadi milik anda.
  • Bagaimanakah caranya untuk hasilkan jualan ebook melalui rakan JV Affiliate. Ini cara paling mudah untuk anda buat duit.
  • Apa itu ebook ’Advance’ dan dan bagaimana untuk melancarkan jualannya. Inilah cara untuk dapatkan untung besar.
  • Bagaimana untuk dapatkan keuntungan berganda melalui jualan ebook murah anda. Ini juga satu teknik yang sangat sempoi.
  • Bagaimana anda boleh tidur nyenyak di malam hari dan dalam masa yang sama jualan ebook anda terus dan terus berjalan.
  • Apa strategi yang boleh anda lakukan untuk berjaya buat duit dengan menjadi Affiliate untuk jualan ebook orang lain. Kini anda boleh naikkan ’rangking’ affiliate anda.
  • Bagaimana saya boleh dapat puluhan ribu RM dengan hanya menjual secara ’UNDERGROUND’ tanpa melakukan pelancaran besar-besaran. Nah… inilah rahsia terbesar tersebut. Memang rugi jika tidak rebut peluang ini.
  • Dan banyak lagi perkongsian teknik dan strategi menjual ebook murah.











Monday, 11 November 2013

PELABURAN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (AHB)






Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera(AHB) pada 29 November 2010.Dana AHB yang dilancarkan terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500. AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi ulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, PHB bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara.Pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.Unit tambahan juga boleh dilanggan melalui mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Setakat ini, beberapa aset hartanah yang dimiliki mereka terletak di kawasan utama di Lembah Klang seperti Menara Prisma, Jaya 33 dan Menara SapuraKencana yang ketika ini disewa pada kadar 90 peratus daripada kapasiti sebenar.



Serba sedikit mengenai AHB..

    Patuh Shariah.
    Dividen Sudah siap tolak zakat.
    Dividen terus masuk akaun maybank.
    Pembayaran dibuat 2 kali setahun.
    Melabur dalam sektor hartanah.
    Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
    Jumlah pelaburan permulaan RM 500 sahaja.
    Jumlah pelaburan maksimum sehingga RM 200k
    Pelaburan tambahan RM 100
    Jumlah baki minimia RM 500
    Pengeluaran minima RM 500
    Kekerapan pengeluaran sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
    Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
    Harga unit tetap RM 1
    Sasaran pulangan kepada pelabur seminima 6%
    Pengurus dana Maybank Investment Management Sdn Bhd


    Dividen interm Mac 2012



    Baru-baru ini Dividen kedua untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2013, telah diumumkan sebanyak 3.25 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
    Dengan pengumuman itu, jumlah keseluruhan dividen AHB untuk tempoh setahun berjumlah 7.50 sen seunit. Pemberian dividen pertama berakhir 31 Mac lalu ialah sebanyak 3.25 sen.
    Pembayaran dividen kedua bersama bonus itu akan diagihkan kepada pemegang unit menerusi akuan masing-masing pada 18 Oktober 2013.

    Tuesday, 17 September 2013

    TRAFIK FACEBOOK PERCUMA


    TERBONGKAR!!!  Cara Gunakan Teknik 'SAMSENG' Untuk Merampas Trafik Percuma Dari FaceBook Sesuka Hati Tanpa Keluar Modal Satu Sen Pun Atau Merayu Kepada JV Partners Yang Sombong.




    Sistem ini mudah dipasang dan tak perlukan pengetahuan teknikal yang tinggi. Biarpun baru dipasang, nampak ada peningkatan dari segi trafik yang melawat ke salah satu landing page anda setelah dipasang dengan sistem Samseng Facebook ini.

    Nak buat duit dengan FaceBook tapi tak tahu caranya?

    Berhenti dulu.. lihat video ini untuk membongkar rahsia mendapat trafik percuma dan tanpa had dari FaceBook:

    KLIK UNTUK TENGOK VIDEO "SAMSENG FACEBOOK"



    Samseng di FaceBook?

    Anda pasti pernah dengar mengenai teknik mendapat trafik percuma dari FaceBook menggunakan teknik "Samseng", betul tak?

    Jangan ketinggalan, dapatkan maklumat lanjut DI SINI

    Antara Testimoni-Testimoni Individu Yang Telah Berjaya Selepas Menggunakan Teknik Samseng FaceBook Ini Adalah Seperti Berikut :

    "RM140 Jualan Dalam Satu Hari!"

    "Trafik Naik Dalam Satu Jam"

    "Sangat Berbaloi"

    "Trafik Semakin Meningkat"

    "Produk Yang Bagus Bagi Newbie"








    Tuesday, 3 September 2013

    PASIF INCOME : PELABURAN HARTANAH

             Macam mana nak mulakan pelaburan hartanah ni. Harga hartanah sekarang pun mahal. Kita nak beli sebiji rumah pun terkial-kial kan. Tapi anda percaya tak dengan konsep "Pelaburan Hartanah Tanpa Modal". Mula-mula dulu pun saya blur sgt. Tapi bila saya terjumpa "E-book Pelaburan Hartanah Tanpa Modal", persepsi saya berubah sama sekali. Yes...semua itu bukan mustahil. Bayangkan la..org yang gaji 2 ribu pun boleh ada 2-3 biji rumah.

    Camana tu...caranya? Kalau anda nak tahu..tips dan cara anda boleh baca dekat E-book "Pelaburan Hartanah Tanpa Modal" ni. Memang tak rugi, sebab dia akan bagi tips untuk anda beli rumah tanpa modal, seterusnya step by step maybe anda boleh dapat rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Saya cuma nak share sikit je bagaimana kita boleh dapat pendapatan pasif dengan hartanah ni.




    Mula-mula saya pun macam tak yakin..ye lah kan hartanah ni modal kena besar. kita boleh minta tolong agen hartanah untuk cari mana2 rumah yang berpotensi untuk di sewa. Sometime these agent can offer price under market value. The right agent akan offer samada kita nak uruskan proses jual-beli, proses cari penyewa itu sendiri atau kita guna je servis agent. Servis yg dia offer dia akan make sure rumah yang kita beli ada penyewa,segala urusan rumah dia akan maintain  tapi every month dia akan charge 10% dari harga sewa rumah tersebut. Makna nya kalau sewa RM 500 dia akan charge RM 50. Kebaikannya..kita tak payah nak pening..yg kita tau cukup bulan dpt duit..dan tentu agen tu jugak akan usaha supaya rumah tu maintain ada penyewa sebab dia punya komisyen bulanan datang dari hasil sewa rumah kita. Tapi dari mana pulak pasif income tu..bulan2 still nak kena byr ke bank kan.

        

    Senang je..apa yang perlu anda buat?
    1. Cari property agen yg betul
    2. Request dia utk cari rumah yg mmg berpotensi. Kalau dapat rumah yg below market value lg bagus. Make sure kita dapat rumah yang hasil sewa lebih tinggi dari installment bank Conth byr bank RM400, Sewa bulanan RM 550. Selepas tolak komisyen RM55, dan bank RM 400 kita masih ada lebihan(sekadar contoh)
    3. Wlwpun lebihan ni nampak mcm sikit, tapi jgn lupa tujuan kita adalah pasif income dan pelaburan jangka panjang.
    4. Maka konsepnya disini "Make Investment Using Other People Money". Kita beli rumah pakai duit bank, dan kita bayar bank pakai duit org yang sewa rumah tu. Walaupun tiap bulan mugkin lebihan yg kita dapat sekadar RM 100, tapi utk jangkamasa panjang akhirnya rumah itu akan jadi hak milik kita. Dan yang best nya kita bukan byr pakai duit sendiri pun kan.


    Okey..kalau nak tahu lebih lanjut lagi..cara2 nak beli rumah lelong @ tanpa modal...anda baca la dekat dua e-book kat atas tu ya..semoga bermanfaat untuk anda semua.

    Thursday, 1 August 2013

    DUIT MASYUK DENGAN PRINTING

    Tahukah anda apa itu Bisnes Printing?
    Tahukah anda potensi besar yang ada untuk anda buat duit dengan bisnes printing?
    Sedarkah anda, syarikat printing diluar sana untung berjuta ringgit setiap tahun?
    Sedarkah anda, sebenarnya anda boleh mulakan bisnes printing dengan tangan kosong?
    Baiklah... ini adalah berita baik yang ingin saya sampaikan kepada anda.
    Bisnes Printing membawa maksud perniagaan yang menjalankan khidmat percetakan untuk produk atau item tertentu seperti business card, flyer, brochure, leaflet, bunting, banner dan banyak lagi.
    Saya pasti anda pernah lihat produk atau item-item ini diluar sana. Jumpa kawan anda, mereka berikan business card. Pergi shopping complex, bersepah gadis-gadis cantik dan comel memberikan anda flyers (kertas saiz A4 @ separuh A4 dengan gambar produk beserta rekaan @ design yang cantik). Kemudian anda terlihat pula bunting(banting) yang digantung pada tiang-tiang lampu jalan.
    Sebenarnya PELUANG BESAR buat duit lalu sahaja didepan anda!
    Tahukah anda business card, flyer dan bunting itu mampu jadi sumber pendapatan anda.
    Jika bukan pendapatan utama, mungkin boleh jadi pendapatan kedua, ketiga atau seterusnya. Jadi bayangkan potensi besar yang anda ada untuk memulakan bisnes printing...
    Sekarang mari kita lihat keuntungan yang mampu anda perolehi dalam bisnes printing. Ini adalah berdasarkan kiraan yang betul. Dengan pembongkaran ini, ramai tokey kecil mahupun tokey besar printing marah dengan saya. Itu adalah PASTI.
    Contohnya Business card / name card / kad perniagaan anda.
    Biasanya dijual pada kadar harga RM30 hingga RM80 sekotak bergantung pada kualiti. Di dalam kotak tersebut biasanya terdapat 100 keping kad. Tahukah anda harga kos yang perlu anda keluarkan?
    Hanya RM14 hingga RM40 sahaja.
    Kira berapa untung anda sekarang?
    Jika kualiti untuk RM14 dijual pada harga RM30, anda untung RM16. Lebih 100% keuntungan!
    Jika kualiti untuk RM40 dijual pada harga RM80, anda untung RM40. Untung 1 kali ganda!
    * Harga adalah berbeza bergantung pada kualiti business card tersebut.
    Itu baru keuntungan sekotak. Jika sebulan anda mampu jual 10 kotak atau mungkin 100 kotak. Kira sendiri berapa banyak keuntungan yang anda PASTI perolehi?
    Satu lagi contoh ialah Flyer saiz A4 @ A5 (separuh A4).
    Biasanya dijual pada kadar harga RM900 hingga RM2000 untuk 10,000 keping. Modal yang anda perlu keluarkan hanyalah...
    RM700 hingga RM900 sahaja.
    Kira berapa untung anda sekarang?
    Jika kualiti untuk RM700 dijual pada harga RM900, anda untung RM200.
    Jika kualiti untuk RM900 dijual pada harga RM2000, anda untung RM1100.
    "Banyak tu, betul tak?"

    Dapatkan Sekarang!



    Friday, 7 June 2013

    10 LANGKAH MUDAH MEMULAKAN PERNIAGAAN AFFILIATE..

    Affiliate adalah perniagaan internet. Kejayaan dalam affiliate hanya akan menjelma jika kita melayan ia ia sebagai entiti perniagaan. Kebanyakan dari newbie affiliate gagal dalam perniagaan mereka di sebabkan kesombongan mereka untuk menganggap affiliate adalah perniagaan. Mereka selalunya menganggap affiliate adalah hanya teknik jana wang yang ringkas di internet.
    Malangnya ia bukan. Beratus-ratus affiliate menjana tujuh angka setahun melalui affiliate dan ia adalah perniagaan yang sah. Semua orang boleh membuka perniagaan affiliate sendiri dan di sebabkan ini ramai newbie affiliate menganggap ia hanyalah satu pekerjaan yang biasa. Tetapi mereka tidak tahu ia adalah perniagaan sebenar.
    Bagi membantu anda membina perniagaan affiliate, saya senaraikan 10 langkah mudah memulakanperniagaan affiliate.
    1. Belajar cara menguruskan website.
    Perkara pertama yang anda perlu belajar dalam perniagaan affiliate adalah cara-cara menguruskan webiste. Anda perlu belajar bagaimana hendak menguruskan blog, menguruskan minisite dan landing page. Anda perlu belajar dan mahir dalam selok belok asas mewujudkan dan menguruskan website anda sendiri. Jangan kedekut untuk laburkan wang untuk belajar kemahiran ini kerana ia pasti berguna nanti. Jika anda kekurangan wang, jangan jadikan ia sebagai alasan pula. Anda boleh belajar secara percuma di internet di samping anda gunakan teknik cuba dan jaya. Ingat, affiliate adalah perniagaan dan ia perlu di layan seperti perniagaan di mana anda lakukan apa yang perlu untuk memantapkan perniagaan anda.
    2. Pilih topik yang menarik.
    Selepas itu, anda cari topik yang menarik bagi anda. Sama seperti perniagaan sebenar, jika anda ingin membuka perniagaan kasut, anda perlu belajar mengenai kasut. Jadi, di online, anda pilih topik yang anda rasa anda minat dan boleh anda uruskan untuk masa yang lama.
    3. Kajian keyword.
    Di offline, kedai yang laku kebanyakannya di sebabkan lokasi yang strategik yang di miliki oleh kedai tersebut. Di internet pula, kedai anda akan laku jika anda mengutamakan keyword yang mempunyai banyak kali carian di lakukan oleh pengguna internet. Siasat keyword yang berkaitan dengan niche anda, cari keyword yang mempunyai banyak kali carian di enjin carian.
    4. Cari produk atau perkhidmatan yang berkaitan dengan topik anda.
    Sekarang, anda lakukan survey mengenai potensi keyword anda itu. Lihat sama ada terdapat banyak produk atau tidak berkenaan dengan topik anda. Senaraikan ia dalam notepad untuk kegunaan anda di masa hadapan.
    5. Pilih nama doman dan hosting.
    Jika anda ada wang beli sahaja hosting yang mahal dan mempunyai nama dalam perkhidmatan hosting. Ia untuk memastikan tiada masalah atau kurang risiko di kemudian hari. Jika tidak ada wang, pilih hosting yang agak murah tetapi boleh di harapkan. Anda boleh kaji sendiri di internet mengenai cara hendak memilih hosting, nama domain dan sebagainya.
    6. Lukis draf mengenai website anda.
    Sekarang, anda tulis draf mengenai website anda. Hasil dari pengalaman orang yang terdahulu, website jenis blog adalah yang paling sesuai untuk menjadi tapak perniagaan affiliate. Anda pilih theme dan edit theme mengikut minat anda. Jika anda ada wang, anda boleh upah freelancer untuk lakukannya. Ia bukanlah penyelesaian mutlak, anda perlu tahu bagaimana hendak melakukannya tetapi mengupah adalah untuk jimatkan masa.
    7. Upload website.
    Sekarang, anda upload website anda ke hosting yang anda beli sebelum ini.
    8. Hiaskan blog dengan maklumat.
    Masukkan dua atau tiga artikel berkaitan dengan topik anda. Sekarang, anda perlu latih diri sendiri untuk menulis artikel bagi blog anda. Masukkan apa sahaja yang boleh menjadikan blog anda ke hadapan berbanding blog-blog pesaing anda yang lain.
    9. Daftar affiliate program
    Sekarang, apabila perniagaan anda sudah wujud, barulah anda daftar program affiliate dan mula melakukan promosi bagi produk tersebut.
    10. Promosi website anda.
    Sekarang, anda belajar cara melakukan promosi bagi affiliate. Masa sekaranglah barulah anda membuka ebook berkenaan promosi dan pratikkan ia secara terus. Kejayaan  anda bergantung pada promosi anda.
    Bukan  2 atau 3 kedai yang lain jika anda blog ini sudah maju.

    Mulakan Perniagaan Affiliate anda segera!



    Thursday, 30 May 2013

    WAJIB KELUAR ZAKAT EMAS & PERAK

    Bagi umat Islam.. jangan lupa duit tetap, pelaburan tetap pelaburan.. zakat jangan pula lupa nak bayar bila dah cukup nisabnya tu ye.. disini ditunjukkan kiraan zakat untuk emas dan perak tidak kira dipakai mahupun yang tak dipakai, disimpan lah maknanya tu.. berdasarkan Lembaga Zakat Selangor..


    Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
    Dalil Wajib Zakat:


    “Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

    Surah At-Taubah: (34-35)

    Sabda Rasulullah s.a.w:


    “Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.

    (Hadis riwayat Abu Hurairah)

    Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

    Emas Perhiasan Wanita

    Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

    Contoh:

    (Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
    900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

    Emas Yang Disimpan:

    Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
    Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

    Contoh:

    Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
    90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112

    Perak:

    Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

    Contoh:

    800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18