Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, PHB bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara.Pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.Unit tambahan juga boleh dilanggan melalui mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.
Setakat ini, beberapa aset hartanah yang dimiliki mereka terletak di kawasan utama di Lembah Klang seperti Menara Prisma, Jaya 33 dan Menara SapuraKencana yang ketika ini disewa pada kadar 90 peratus daripada kapasiti sebenar.
Serba sedikit mengenai AHB..
Patuh Shariah.
Dividen Sudah siap tolak zakat.
Dividen terus masuk akaun maybank.
Pembayaran dibuat 2 kali setahun.
Melabur dalam sektor hartanah.
Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
Jumlah pelaburan permulaan RM 500 sahaja.
Jumlah pelaburan maksimum sehingga RM 200k
Pelaburan tambahan RM 100
Jumlah baki minimia RM 500
Pengeluaran minima RM 500
Kekerapan pengeluaran sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
Harga unit tetap RM 1
Sasaran pulangan kepada pelabur seminima 6%
Pengurus dana Maybank Investment Management Sdn Bhd
Dividen interm Mac 2012
Baru-baru ini Dividen kedua untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2013, telah diumumkan sebanyak 3.25 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
Dengan pengumuman itu, jumlah keseluruhan dividen AHB untuk tempoh setahun berjumlah 7.50 sen seunit. Pemberian dividen pertama berakhir 31 Mac lalu ialah sebanyak 3.25 sen.
Pembayaran dividen kedua bersama bonus itu akan diagihkan kepada pemegang unit menerusi akuan masing-masing pada 18 Oktober 2013.
No comments:
Post a Comment