Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.
Youtube bukan sahaja benarkan anda menonton video di laman web mereka.
Malah mereka juga benarkan anda untuk kongsikan video anda melalui laman web mereka kepada seluruh dunia.
Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.
Tapi... tahukah anda? Pada masa yang sama ramai individu bijak telah mengeksploitasikan Youtube untuk mengiklan dan menjenamakan produk dan diri mereka - seterusnya mengaut keuntungan daripadanya.
Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama.
Pasti sudah ada yang tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda di Youtube tetapi berdasarkan maklumbalas, terlalu ramai lagi yang inginkan sebuah panduan asas mempromosikan produk di Youtube.