Tuesday, 19 November 2013

BUKTI PEMBAYARAN SURVEY iPANEL MALAYSIA..



iPanel  Malaysia membolehkan anda untuk sentiasa melengkapkan kaji selidik dalam talian dan mendapat ganjaran untuk masa anda. Anda akan mendapat mata bagi melengkapkan kaji selidik dalam talian. Sebaik sahaja anda mengumpul mata yang cukup, anda boleh menebus mereka sebagai tunai melalui paypal. Terdapat juga ganjaran yang baik untuk merujuk kawan-kawan di iPanel.


Aku join ni baru xsampai sebulan.. tapi..






ini adalah bukti pembayaran iPanel.. redeem semalam, ari ni terus dapat.. masuk terus ke dalam akaun Paypal kita..:-)






redemption ni cket  je.. sebab nak try, nak dapatkan bukti.. betul ke diorang ni memang bayar.
tut.. tut.. redeem malam.. esok nye terus dapat..Alhamdulillah..
XPERCAYA lagi? buat lah macam saya jugak.. 
DAFTAR percuma.. cube2.. n redeem.. :-)


   

Second CRM Free OYB Workshops

Produk baru yang hangat dan berpotensi kini telah dilancarkan  - "Second CRM Free OYB Workshops"






Second CRM Free OYB Workshops mengajar SME menggunakan CRM secara dalam talian untuk mengembangkan dan menguruskan perniagaan mereka, juga untuk operasi harian bagi menjana produktiviti yang lebih tinggi. Second CRM adalah Cloud CRM yang terkemuka di Malaysia, disokong oleh MSC Malaysia, yang membantu SME mengurangkan beban pelaburan awal mereka melalui geran pembayaran balik. Semua adalah digalakkan untuk menghadiri bengkel ini untuk belajar bagaimana mempromosi dan menyokong inisiatif kerajaan ini bagi meningkatkan produktiviti SME.







Thursday, 14 November 2013

11 KESILAPAN MELABUR EMAS


By Mohd Zulkifli
Sekadar nak berkongsi perkara penting buat pelabur emas dan perak iaitu tentang 11 kesilapan biasa pelabur emas. Saya berkongsi ni sebab saya tengok ramai yang buat kesilapan remeh yang sepatutnya boleh dielakkan kalau dia ada ilmu. Kekadang saya terkilan juga kesilapan tu dilakukan oleh kawan-kawan rapat sendiri. Kalau dia tanya saya dulu sebelum mula membeli emas, saya rasa dia boleh elakkan, insyaAllah.

Jadi, untuk elakkan kesilapan tu, saya dedahkan 11 daripada kesilapan biasa pelabur emas berdasarkan pengalaman saya sendiri dan dealer-dealer yang otai. Moga ianya bermanfaat:

Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu
Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan sekalipun. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana seminar tentang pelaburan emas untuk belajar terus dari yang pakar.

Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama
Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab anda belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas
Barang kemas PERHIASAN kurang sesuai untuk PELABURAN. Barang kemas dikeluarkan tujuannya ialah cantik dan menarik sedangkan emas pelaburan dikeluarkan untuk tujuan keuntungan pembeli. (1) Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan (2) kos upahnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. (3) Spread atau susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%. Kecuali barang kemas khas yang dikeluarkan untuk tujuan pelaburan seperti barang kemas i-series Public Gold dan Sri Ayu.
                        Barang kemas bukanlah emas terbaik untuk tujuan “pelaburan”

Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas
Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain sebab ia dijual mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e.www.fgjam.org.my, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dan tak boleh hilang resit dsb. Kalau buka seal, emas tu dianggap sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%!

Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat
Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread (susut nilai) sekitar 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh. Jadi, kalau nak beli emas, guna duit yang memang tak pakai at least setahun.

Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas
Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.

Pelaburan emas terdedah kepada ‘risiko’ turun naik harga yang mungkin boleh mengganggu tidur yang lena bagi sesiapa membeli dengan duit pinjaman.

Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain
Emas paling murah, jual balik pun murah. Emas paling murah tak semestinya terbaik untuk pelaburan. Kena ambil kira juga kadar spreadnya (susut nilainya), permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul
Terbukti, lebih ramai orang rugi berbanding buat untung dengan memajak emas di ar-rahnu. Umumnya, teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak secara mendadak, (2) Duit pinjaman ar-rahnu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Dan antara tips penting untuk memajak emas di Ar-Rahnu, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank
Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet & ia berseal. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima bila nak jual balik, anda akan rugi 25% sebab terpaksa jual emas tu sebagai ‘used gold’ di kedai emas.


Emas yang dijual di bank biasanya berseal begini. Sekali buka seal, anda rugi 25%!
Kijang Emas (Maybank) tak berseal. Tapi tak boleh hilang sampul & resit asal. Dan pastinya tak boleh calar, kemek dsb.


Emas public gold kemek calar


Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah
Emas senang dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa, tapi tempat terbaik menjual emas ialah di mana anda membelinya sebab anda akan dapat harga tertinggi. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Kalau anda jual ke kedai emas, anda akan rugi sebab mereka akan kenakan spread (susut nilai) sekitar 25%, sedangkan kalau jual semua kepada Public Gold, spreadnya cuma sekitar 4.5% – 8% jer. Itulah ‘rule’ jual balik apa-apa jenis emas sekalipun. Jadi sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (susut nilai) yang dikenakan oleh pengeluar/ penjual emas tersebut.

Kesilapan #11: Menyertai SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pendapatan tetap. Untuk makluman sahabat, kaedah sebenar pelaburan emas ialah macam beli barang kemas jer. Beli harga rendah, jual masa harga tinggi. Kalau ia menjanjikan pendapatan bulanan secara tetap, kena hati-hati sebab kebanyakkan SCAM/ PENIPUAN pelaburan emas beroperasi cara macam tu.

Punca utama kesilapan berlaku ialah tak ada ilmu untuk melabur. Ramai yang jenis ikut-ikut jer. Walaupun dah dekat setahun melabur, saya always update ilmu saya tentang pelaburan. Ingat, lagi tinggi ilmu kita dalam sesuatu pelaburan, lagi besar untung yang kita boleh dapat.

Semalam, saya habis baca ebook terbaru iaitu pasal Teknik Sebenar Pelaburan Silver! Oh, kalau buku ni dijual setahun yang lalu, mungkin saya boleh dapat untung hingga 100% berbanding 25% apa yang saya dapat sekarang.

Ringkas cerita, saya cadangkan sahabat semua dapatkan dan baca 2 ebook yang saya jadikan main reference dalam pelaburan emas dan perak setakat ni iaitu:

Ebook Pelaburan Emas dan Pelaburan Silver
Saya berani syorkan dua ebook ni sebab saya sendiri dah baca dan saya tahu nilai sebenar ebook-ebook tu. Kalau harganya RM200 sebuah pun, ia masih bebaloi.

Sebuah Buku, Jimatkan Masa Kita 10 Tahun
Nanti saya akan berkongsi pasal eBook Pelaburan Silver tu, insyaAllah. Itu ilmu terbaru yang saya dapat. Banyak rahsia-rahsia didedahkan, antaranya ialah rahsia yang dibuat dealer-dealer emas otai! Nasihat saya, jangan takut untuk melabur dalam ilmu, ia memang berbaloi sebab sebelum start gold investment dulu, saya khatamkan buku Syukor Hashim dulu baru start melabur! Beli ebook RM80, dan untung 25%! Sekarang ni, saya baru jer masuk fasa kedua pelaburan dengan baca buku pasal silver pulak. InsyaALlah, belajar cara buat untung 100% pulak! Beli ebook RM100, untung 100%, insyaAllah…

Memang tak akan sama orang berilmu dengan tak berilmu. Orang berilmu, buat perkara yang sama dengan cara berbeza.
Wallahu a’lam.

Wednesday, 13 November 2013

RAHSIA MENJANA RM50K DENGAN MENJUAL EBOOK

Pelajari langkah demi langkah dan strategi demi strategi untuk menghasilkan empayar perniagaan produk digital anda sendiri yang bakal memberikan hasil RM50,000 Setiap Tahun !


Pakej video ini mengandungi 11 buah fail audio yang akan menerangkan apa yang perlu anda lakukan bagi mencapai target anda RM50,000 setahun.

Kesemua rahsia yang bakal dibongkarkan ini sememangnya sangat mudah untuk dilakukan sehinggakan jika anda masih baru dalam bidang ini juga boleh melakukannya.
Mari kita lihat sebahagian dari kandungan utama yang bakal anda terima nanti :
  • Bagaimana menghasilkan ebook yang mampu dijual dalam masa kurang dari seminggu. Sangat berbaloi jika anda tahu teknik cepat ini.
  • Bagaimana anda boleh pastikan ’niche’ yang anda pilih akan menyebabkan jualan ebook anda dijual dengan laris. Inilah rahsia para Otai.
  • Ketahui bagaimana anda dapat membina ’BUYER LIST’ dan bukan setakat ’LIST’ biasa. ’Buyer List’ adalah ’LIST’ yang akan menjana pulangan yang berganda dan berulang kepada anda.
  • Bagaimana menjual ebook tanpa laman web jualan atau tanpa ’Minisite’. Inilah rahsianya yang ramai tidak tahu. Tapi kini ia bakal menjadi milik anda.
  • Bagaimanakah caranya untuk hasilkan jualan ebook melalui rakan JV Affiliate. Ini cara paling mudah untuk anda buat duit.
  • Apa itu ebook ’Advance’ dan dan bagaimana untuk melancarkan jualannya. Inilah cara untuk dapatkan untung besar.
  • Bagaimana untuk dapatkan keuntungan berganda melalui jualan ebook murah anda. Ini juga satu teknik yang sangat sempoi.
  • Bagaimana anda boleh tidur nyenyak di malam hari dan dalam masa yang sama jualan ebook anda terus dan terus berjalan.
  • Apa strategi yang boleh anda lakukan untuk berjaya buat duit dengan menjadi Affiliate untuk jualan ebook orang lain. Kini anda boleh naikkan ’rangking’ affiliate anda.
  • Bagaimana saya boleh dapat puluhan ribu RM dengan hanya menjual secara ’UNDERGROUND’ tanpa melakukan pelancaran besar-besaran. Nah… inilah rahsia terbesar tersebut. Memang rugi jika tidak rebut peluang ini.
  • Dan banyak lagi perkongsian teknik dan strategi menjual ebook murah.











Monday, 11 November 2013

PELABURAN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (AHB)






Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera(AHB) pada 29 November 2010.Dana AHB yang dilancarkan terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500. AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi ulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit. Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, PHB bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara.Pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.Unit tambahan juga boleh dilanggan melalui mana-mana cawangan Maybank di seluruh negara.

Setakat ini, beberapa aset hartanah yang dimiliki mereka terletak di kawasan utama di Lembah Klang seperti Menara Prisma, Jaya 33 dan Menara SapuraKencana yang ketika ini disewa pada kadar 90 peratus daripada kapasiti sebenar.



Serba sedikit mengenai AHB..

    Patuh Shariah.
    Dividen Sudah siap tolak zakat.
    Dividen terus masuk akaun maybank.
    Pembayaran dibuat 2 kali setahun.
    Melabur dalam sektor hartanah.
    Melabur dalam pasaran wang Islam (Islamic Money Market) untuk tujuan kecairan.
    Jumlah pelaburan permulaan RM 500 sahaja.
    Jumlah pelaburan maksimum sehingga RM 200k
    Pelaburan tambahan RM 100
    Jumlah baki minimia RM 500
    Pengeluaran minima RM 500
    Kekerapan pengeluaran sebulan sekali (bukan 30 hari sekali)
    Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
    Harga unit tetap RM 1
    Sasaran pulangan kepada pelabur seminima 6%
    Pengurus dana Maybank Investment Management Sdn Bhd


    Dividen interm Mac 2012



    Baru-baru ini Dividen kedua untuk Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2013, telah diumumkan sebanyak 3.25 sen seunit beserta bonus 1.00 sen seunit.
    Dengan pengumuman itu, jumlah keseluruhan dividen AHB untuk tempoh setahun berjumlah 7.50 sen seunit. Pemberian dividen pertama berakhir 31 Mac lalu ialah sebanyak 3.25 sen.
    Pembayaran dividen kedua bersama bonus itu akan diagihkan kepada pemegang unit menerusi akuan masing-masing pada 18 Oktober 2013.