Friday, 15 June 2012

WHAT IS DROPSHIP?

DROPSHIP?




Dropship adalah suatu kaedah perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual. Ianya memberi keuntungan yang besar kepada pengedar kerana tidak perlu menyimpan stok dan menanggung modal.Dropship membolehkan setiap orang menjalankan perniagaan kerana peniaga tidak perlu mempunyai produk atau servis yang dikeluarkan sendiri.

BAGAIMANA DROPSHIP BERFUNGSI?
Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada kataloDropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!



Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan semua ini untuk anda!
Keuntungan utama adalah untuk anda.Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Jika anda hanya mempunyai cadangan beberapa jam per minggu, anda masih boleh menikmati manfaat dari dropshipping untuk memenuhi keperluan kewangan anda, kerana anda HANYA memerlukan beberapa jam seminggu dan tidak perlu memperuntukkan masa yang panjang.
Anda kemudian akan mampu mendedikasikan waktu anda untuk membina perniagaan anda mengikut kemahuan anda sendiri. Dan setelah anda merasa selesa dan yakin, anda mungkin memutuskan untuk menambah jajaran produk lain untuk perniagaan anda!
Salah satu tarikan dropship adalah anda tidak perlu memikirkan untuk membeli stok dan menyimpan stok. Anda hanya membayar kepada dropshipper untuk pesanan pelanggan, setelah pelanggan anda membayar kepada anda, dan kami akan menguruskan segala – galanya sehingga memastikannya sempurna.



APA YANG DITAWARKAN OLEH DROPSHIP?
Dropship menawarkan keuntungan sebagai berikut:
1) Anda tidak perlu stok mengambil atau menyimpan stok sebagai persediaan sama sekali. Apabila anda menerima pesanan anda hanya perlu menempah dengan dropshippers dan mereka akan menghantar terus kepada pelanggan anda. Dropshippers akan melakukan semua pembungkusan dan penghantaran untuk anda.
2) Rangka masa untuk tempahan sampai biasanya mengambil masa 1- 3 hari waktu bekerja dan bergantung juga kepada syarikat pengeposan.
3) Anda akan dapat menambah produk dropshippers ke laman web / blog/ facebook anda. Dropshippers biasanya akan beri suatu LINK akaun untuk membolehkan anda mengimport semua produk dropshippers ke laman anda sendiri. Jadi anda tidak perlu copy dan paste satu persatu gambar di laman web yang pasti memenatkan dan memakan masa.
4) Penghantaran dropshippers adalah dalam MALAYSIA dan juga Luar Negara.


Dropship berfungsi sangat mudah:
1 – Anda pilih apa yang ingin anda jual daripada katalog Dropshippers atau laman web.
2 – Senaraikan produk yang anda pilih itu di Facebook, laman web anda, katalog atau di tempat lain menggunakan foto produk dan keterangan Dropshippers.
3 – Apabila ada tempahan daripada para pelanggan, anda menempah produk dari dropshipper tersebut. Mereka kemudian akan menghantarnya terus ke pelanggan anda.Pelanggan anda akan berfikir barang yang mereka beli datang secara langsung daripada anda.
4 – Anda mendapat keuntungan dengan mudah!
Anda membuat keuntungan tanpa perlu memikirkan untuk membeli dan menyimpan stok dan bahkan melihat produk-produk tersebut. Dropshipper akan melakukan SEMUA itu untuk anda!
Anda boleh menggunakan dropshipping untuk menghasilkan lebih banyak, atau sedikit keuntungan yang anda perlukan – bergantung pada waktu yang anda gunakan.
Contoh :
Katakan anda jual sebuah powerbank. Anda jual pada harga RM100 + RM6(pos) = RM106 ( pembeli bayar kpd anda) . Anda hanya perlu bayar kepada dropshipper RM79 ( contoh harga dropship) + RM6(pos) = RM85. Jadi anda akan dapat untung atau komisen sebanyak RM21. Itu baru sehelai. Bayangkan jika anda hanya buat jualan 10 helai sebulan. Setahun sudah berapa keuntungan anda tanpa anda perlu mengeluarkan modal puluhan dan ratusan ribu ringgit untuk membeli dan menyimpan stok.

Cara Menjadi Ahli Droship :
Untuk menjadi ahli dropship anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran mana-mana pembekal yang menawarkan dropship dan buat bayaran pendaftaran keahlian dropship (jika disyaratkan pembekal) untuk mengaktifkan keahlian dropship anda. 
Itu sahaja yang anda perlu keluarkan untuk mula berniaga. Tujuan yuran keahlian adalah untuk memastikan permohonan keahlian hanya untuk yang serius menceburi bidang perniagaan  dan juga untuk mengelakkan memohon menjadi ahli semata-mata untuk mendapat harga murah kerana ini akan menganggu kelancaran perniagaan ahli-ahli dropship sedia ada.

No comments:

Post a Comment