Thursday, 30 May 2013

WAJIB KELUAR ZAKAT EMAS & PERAK

Bagi umat Islam.. jangan lupa duit tetap, pelaburan tetap pelaburan.. zakat jangan pula lupa nak bayar bila dah cukup nisabnya tu ye.. disini ditunjukkan kiraan zakat untuk emas dan perak tidak kira dipakai mahupun yang tak dipakai, disimpan lah maknanya tu.. berdasarkan Lembaga Zakat Selangor..


Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram).
Dalil Wajib Zakat:


“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”

Surah At-Taubah: (34-35)

Sabda Rasulullah s.a.w:


“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.

(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita

Emas perhiasan wanita ialah emas yang dibeli atau digunakan sebagai perhiasan di badan. LZS (MAIS) mengambil kira kadar uruf emas bagi pemakaian perhiasan tersebut. Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajiblah membayar zakat emas perhiasan tersebut. Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram

Contoh:

(Timbangan emas x harga semasa x 2.5%)
900 gram x RM50 = RM45000 x 2.5% = RM1125

Emas Yang Disimpan:

Bermaksud emas yang selain daripada perhiasan wanita yang dipakai di badan samaada dalam bentuk mata wang, simpanan, galian, peralatan rumah dan sebagainya.
Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan yang dipakai. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram

Contoh:

Timbangan emas x harga semasa x 2.5%
90 gram x RM50 = RM4500 x 2.5% = RM112

Perak:

Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:

800 gram perak x RM0.90(segram) x 2.5% = RM18

Friday, 17 May 2013

FB BUAT DUIT??


Anda Teruja Nak Letupkan 

Jualan Anda Melalui 

Facebook?

 'Stay Tune' 

Bersama Kami di Sini... 


AMARAN! Jangan PERCAYA apa yang kami dedahkan dibawah. Ya walaupun satu ayat! Hanya guna formula yang kami dedahkan dan LIHAT sendiri hasilnya…

Ini kisah benar!

Kami perhatikan ramai orang sekarang mampu cipta mesin duit sendiri hanya berniaga daripada rumah dengan menggunakan muka buku sahaja…Facebook. Ya! Dah lah FREE tak perlu bayar apa-apa. Hanya kos elektrik yang beberapa sen dan kos broadband untuk internet.

Itupun jika bijak boleh ke kedai mamak atau kedai-kedai sewaktu dengannya.

Guna internet…

Buat jualan dan balik rumah…


Cuma satu persoalan timbul…

Saya Hanya Tahu Guna Facebook Untuk Komen-komen Aje. Boleh Ke Saya Buat Duit?

Jawapannya :
YA – Boleh buat duit jika anda komen-komen ke ruang facebook jualan anda bukannya komen-komen rakan untuk suka-suka.
YA – Boleh buat duit jika anda tahu formula ‘RAHSIA’nya. Kami selongkarkan KHAS untuk anda!
YA – Boleh buat duit jika anda bijak mengepung bakal pelanggan anda sampai mereka teruja nak membeli. Ya…sampai anda yang meronta-ronta nak membeli!
YA – Boleh buat duit jika orang percayakan anda. Ramai orang membeli sebab percaya kepada si penjual.
YA – Boleh buat duit jika anda yakin kami boleh, anda juga boleh! Anda pasti rasa boleh jika anda tahu apa yang kami tahu.

Jika ditambah lagi jawapannya tetap YA……YA…….dan YA……..
Tanpa Lenggahkan Masa Lagi Kami Dedahkan Apa Yang Kami Tahu
Untuk Anda Tahu di klik gambar di bawah:
dvd facebook cash formula
DAPATKAN DISKAUN RM100 HARI INI!

Apa yang terkandung dalam FB Cash???
Ia satu pakej lengkap video tutorial FB Cash – Selongkar Formula Tersembunyi;
# FB Cash – Mengandungi 16 Video Kesemuanya
FB Cash – 3 Video Formula – Daripada Syed Faiz
# FB Cash – 13 Video Tutorial Step by Step – Daripada Rahman Basri
# FB Cash – Support Group Facebook Yang Bakal Kami Jemput Secara Peribadi (EKSKLUSIF)

Jika anda benar-benar mahu jana income dengan facebook, jangan tunggu lagi kerana Video inilah yang anda amat perlukan sekarang! Jadi dapatkan Video ini sekarang juga pada harga yang mampu anda miliki cuma..

Dapatkan Video DVD Ini Sebelum Anda Memulakan Menjana Income Di Facebook!


Friday, 10 May 2013

FACEBOOK: 7 FORMULA BISNES POWER





1 : Jangan Jual Produk Hebat!
Menjual produk yang hebat hanya membuang masa.
Sebenarnya, anda perlu jual produk yang diperlukan pengguna.
… iaitu produk yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
Contoh :
- yang menyelesaikan masalah jerawat.
- menyelesaikan masalah hubungan suami isteri.
- menyelesaikan masalah berat badan yang perlu diturunkan.
Produk yang menyelesaikan masalah lebih mudah menjual dan menghasilkan keuntungan.
Jika produk ada ISO sekalipun, belum tentu ia diperlukan pengguna.
… dan anda kena faham konsep ‘pengguna terdesak.’
Mereka yang terdesak mahu menyelesaikan masalah mereka, akan lebih mudah mengeluarkan duit.
Mereka yang terdesak hampir sanggup berbuat apa sahaja asalkan ia terbukti berkesan menyelesaikan masalah mereka.

2: Jangan Promosi Terlalu Meluas …!
Jangan terlalu mempromosi secara meluas.
…  TAPI Jual Kepada Sasaran Yang Betul.
Jual kepada golongan yang benar-benar bersesuaian dengan produk anda, akan meledakkan jualan anda.
Tanpa soal lagi.
Namun ironinya, jika anda mempromosi kepada semua orang, maka ramailah yang akan sakit hati.
  • Rakan-rakan anda akan jadi sakit hati.
  • Kawan-kawan sekolah anda akan jadi rimas.
  • Kenalan anda di Facebook akan menyampah dengan anda.
… kerana anda sibuk promosi je memanjang.
Ramai akan naik benci. Oh!
… inilah akibatnya salah tempat promosi. Lain kali …
- Jika nak promosi, pastikan di tempat yang betul.
- Jika nak dapatkan jualan, pastikan cara tu betul dan berhikmah.
Salah ayat yang diguna, anda hanya akan mengurangkan jumlah rakan dan penyokong anda.

3 : Jangan Guna Ayat ‘Bombastik’!
Pengajaran nombor 3 : Jangan Guna Ayat ‘Bombastik’, TAPI Guna Ayat Promosi Yang Membuatkan Pelanggan Merayu mahu membeli produk anda.
  • Ayat bombastik hanya akan mengelirukan pelanggan. Apa yang anda nak jual sebenarnya?
  • Ayat bombastik hanya syok sendiri dan tidak memahami pelanggan.
  • Ayat bombastik sekadar menunjukkan kehebatan anda, bukannya mahu membantu bakal pelanggan anda.
Ayat yang berkesan ‘menarik’ jualan bak magnet, sewajibnya mempunyai ciri-ciri berikut :
  • Ringkas, padat dan mudah difahami.
  • Satu mesej pada satu masa. Satu produk pada satu masa.
  • Menarik perhatian pada faedah utama produk yang bakal diperolehi oleh pelanggan.
  • Membuktikan keberkesanan produk sama ada melalui testimoni mahupun cara lain.
Baru lah pelanggan merayu-rayu mahu membeli produk anda.
Kalau dah sold out pun mereka nak anda jual juga walaupun harganya mahal.
Yang penting, anda tahu bina ayat power.
… ayat power yang menarik ‘duit pelanggan’ secara halal dan sah.

 4 : Pelanggan Tidak Lagi Mempercayai Anda!
Dunia masih sama.
Cuma sekarang ni manusia semakin berani.
Semakin bijak berfikir.
Prospek tidak lagi mempercayai kata-kata anda.
Mereka lebih percaya pendapat pihak ketiga.
  • Kawan kata produk A bagus, terus dibelinya.
  • Rakan yang lain pula kata movie B tak best, maka tak jadi nak pergi tonton wayang walaupun ceritanya bertaraf antarabangsa. Sebab – kawan kata tak best.
  • Apabila kawan yang satu lagi kata produk C terbukti mencantikkan wajahnya, maka berderulah kawan-kawan si dia ni mahu membeli produk C.
—> ‘Kuasa’ pandangan pihak ketiga sekarang sangat berkuasa.
Iklan di TV pun sudah hampir tidak relevan.
Walaupun mereka nampak iklan merata-rata di media perdana, namun kata-kata rakan menjadi pegangan.
Walaupun rakan anda tidaklah pakar, namun kebanyakan pasti akan menyangka pihak ketiga (rakan anda) sekurang-kurangnya lebih tahu dan arif daripada anda berkenaan sesuatu produk.
PS : Oleh tu, apabila promosi, pastikan anda fokus pada testimoni pihak ketiga. Kumpul sebanyak mungkin. dan anda sedang membina kepercayaan yang tak dapat ditandingi lagi di mata bakal pelanggan anda.
Cubalah sendiri!

 5 : Jangan Promosi Terus Cara Semberono!
Anda boleh promosi secara langsung. Terus. Straight to the point. Tanpa berselindung.
Tapi … anda perlu tahu kaedah yang betul.
Maksud saya, saya boleh ringkaskan cara promosi mengikut kaedah yang betul adalah sebagaimana berikut :
  • Jangan promosi yang terlalu fokus kepada diskaun.
  • Pastikan ayat iklan anda fokus kepada faedah dan sejauh mana ia berkesan.
  • Anda boleh beri diskaun. Pastikan ianya ‘tak boleh ditolak lagi’ beserta bonus dari anda seperti kos penghantaran percuma.
  • Tunjukkan sejauh mana pelanggan sedia anda menjadi ‘tak keruan’ seronoknya dengan produk anda.
Sebelum anda menggunakan fungsi ‘Promote’ pada post anda, anda perlu tahu apa ciri-ciri post dan berapa banyak komen kena anda sebelum anda buat pelaburan.
Sebelum anda menggunakan Facebook Ads atau pengiklanan berbayar di Facebook yang berada di sebelah kanan anda tu, anda perlu tahu :
  • tahu cara menulis ayat iklan yang betul
  • gambar yang menarik & tepat berkenaan produk anda
  • ketahui tujuan iklan anda sama ada untuk mengumpul likes atau mendapatkan jualan terus.
  • wajib faham pelaburan anda di iklan FB untuk dapatkan pulangan lumayan, bukannya semata-mata menjimatkan kos yang akhirnya hanya menghasilkan jualan ciput.
Promosi secara terus bukannya bermaksud anda boleh tulis apa saja dalam iklan anda.
Anda perlu tahu bagaimana menarik mereka sehingga membeli tanpa segan silu dan tanpa banyak tanya.

 6 : Jangan Tunggu Ilmu Cukup!
Ya, anda perlu ada ilmu sebelum mula berniaga di Facebook.
Namun, bukan bermakna anda perlu jadi pakar baru boleh bermula.
Dengan ilmu sedikit yang sudah ditimba, terus mulakan buat duit.
… kebanyakan yang keliru walaupun sudah membeli pelbagai produk, adalah kerana mereka tidak terus bermula.
1. Belajar itu bagus.
2. Namun perlu tahu hakikat amalkan ilmu itu terlebih penting.
3. Ramai tersangkut kerana hanya menunggu peluang sempurna baru nak bermula.
4. Sedangkan anda boleh bermula bila-bila masa sahaja.
Mulakan sekarang!

 7 : Jangan Guna Wang ‘Simpanan’ Untuk Promosi!
Sebelum melabur dalam pengiklanan di Facebook, anda perlu faham bahawa anda ada kemungkinan rugi dan wang anda ini akan hangus.
Hangus bersama menimba pengalaman.
- Sewajarnya, apa anda laburkan di Facebook hendaklah menggunakan wang yang anda sanggup hilang.
- BUKANNYA melabur menggunakan segala wang simpanan anda.
Wang simpanan untuk menjadikan anda kekal kaya.
Anda mungkin tidak tahu cerita ada sebahagian jutawan tidak lagi bergelar jutawan kerana tidak menyimpan.
Menabung itu asas kekayaan.
Melabur untuk menambah keuntungan. Namun bijaklah berbelanja.
Sebaiknya wang untuk Facebook Ads atau fungsi Promote hendaklah menggunakan wang ‘backup’ anda.
… mungkin wang dari perniagaan yang lain.
—> Pada muka seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh menjana wang ‘backup’ dengan keuntungan perniagaan tanpa risiko – hanya dengan menggunakan model bisnes saya.



 


Tapi … 









… 
Kita Harus Berpijak di Bumi Nyata
… ada masalah yang menghantui usahawan di Facebook.
Saya faham dalam perniagaan ada cabaran. Ada rintangan.
  • Tidak semua orang mempunyai wang, peluang dan kudrat yang sama.
  • Tidak semua orang boleh ‘berlari pantas’  dalam perniagaan internet.
… dan

Kemampuan setiap seorang berbeza.
Walaupun ia sepatutnya tidak menghalang anda berusaha di internet, namun pepatah ini sepatutnya jadi pegangan:
“Ukur Baju di Badan Sendiri.”